selamat datang ke teratak clivicola :)

Semoga garapan dan cetusan minda saya ini menepati citarasa dan memuaskan hati semua. Terima kasih juga kepada semua kerana sudi menatap blog saya ini...selamat maju jaya

Isnin, 4 Julai 2011

kemodenan vs kesusahan rakyat

         salam semua...udah lama kita tak bersua...maaf seribu kali maaf...masa ku sentiasa dipenuhi perkara2 lain kebelakangan ini....kali ini aku nak cite pasal perkara semasa yang dialami oleh semua rakyat di MALAYSIA ini....

          umum mengetahui harga barang sentiasa naik mengikut peredaran masa...ini banyak disebabkan oleh kenaikan harga minyak dan juga elektrik...maka harga bahan mentah bersusun2 naik...hampir semua jenis barang tidak terkecuali mengalami kejutan harga itu.....apa yang dibimbangi dan di risaukan adalah rakyat kita....mampukah kita hidup dengan suasana yang amat memeritkan ini? bagaimana dengan keluarga yang kais pagi makan pagi,kais petang makan petang???

          persoalan lagi, apakah kerajaan kita ini serius memikirkan perkara ini? siapakah pembela kepada nasib rakyat seperti itu? beratnya beban yang ditanggung dengan kenaikan bahan mentah..untuk menyara anak2 yang bersekolah, barang harian, makanan dan keperluan lain...dimanakah mereka harus mengadu?

          sekarang ini riuh ke pelusuk tanah air dicanangkan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"...aduyai....dengar mcm best sangat2 la...rasa mcm bertuah sangat ada kepimpinan mcm ini....tapi adakah semua itu berjalan dengan telus,adakah slogan itu benar2 dilakukan oleh kerajaan atau hanya slogan sahaja?atau juga untuk kroni atau penyokongnya sahaja?

                banyak sangat persoalan yang boleh ditimbulkan apabila melihat suasana negara sekarang ini...tu belum masuk bab skandal gelapkan duit negara, tipu sana tipu sini, keadilan yang tak berapa adil , gaji pekerja yang tak naik2,demokrasi yang tempang,rasuah berbillion2....aduyai....haruskah kita sentiasa bertanya seperti ini selamanya?

                apakah yang harus kita lakukan untuk menghentikan semua ini? apkah kita berani menghentikan semua ini? Nabi SAW pernah bersabda...."barang sesiapa yang melihat kemungkaran,maka hendaklah kamu mencegahnya dengan tangan,jika kamu tiada kemampuan,maka cegahlah melalui syarahan/percakapan/mulutmu...dan jika ianya juga tidak berdaya..maka cegahlah melalui benci akan kemungkaran itu didalam hati nescaya itu adalah selemah2 iman"..

                 dengan keadaan sekarang ini, haruskah kita masih berdiam diri melihat semua ini berlaku? sampai bila kita hendak berada di takuk lama ? mampukah kita merubah dengan tangan kita?...renung2kan dan tekadkan dalam hati.....sesungguhnya berubah kearah kebaikan insyaALLAH dirahmati ALLAH SWT.

                sahabat2 ku sekalin, ayuhlah kita sama2 berfikir tentang masalh ini dengan  serius dan tindakan segera harus kita ambil bagi membela dan merubah kehidupan kita kelak...semoga semua dirahmati ALLAH SWT......

                sekian .............

Isnin, 28 Mac 2011

Sandiwara video seks yang amat meloyakan

salam semua.....apa khabar ? lama kita tak bersua kan? maklumla sekarang bzy sgt2 la... clivicola ni muncul di tgh kekalutan kerajaan berkempen utk PRN negeri sarawak...

adoi semua jentera kerajaan, media, paper dll digunakan untuk mengekalkan kuasa BN di sarawak... sungguh bersungguh2 kerajaan buat macam2 utk menang ye...kalau kerajaan yang adil dan jujur, tak perlu la kalut sangat ye....hehe

sekarang riuh org bercakap sana sini ttg video ynag terhangat dipasaran sekarang...apa yang dikatakan video sekx seorang pemimpin utama pembangkang.

hati2 sekiranya anda masuk ke bilik hotel sekarang ini, sama ada menginap atau sekadar melepak sebentap. malah , kalau anda bermalam dengan isteri sendiri pn kena berwaspada...kerana kemungkinan bilik itu sudah dipasang kamera tersembunyi untuk merakam apa sahaja yang anda lakukan dengan pasangan.

tak pasal2 nanti nama anda masuk paper sebab video seks anda disebarkan. almaklumla negara kita kini dilanda wabak video...huhuhulepas satu satu video yang timbul...dan mungkin banyak lagi yang akan muncul selepas ini...entah apa akan jadi dengan negara kita ini...kita merasa semua tempat menjadi tidak selamat dan musuh dalam diam dan tidak sedar...

agaknya org kita sudah tiada kerja lain kot...kalau korang semua nak sgt tgk video, disini saya lampirkan video yang bleh dikatakan boxofis juga la...mmg pelakon dan wataknya menjadi,,,bleh dapat anugerah ni,,,jom kita tgk....jeng jeng jeng...............




hehehhe mcmna? best tak? tul kan saya cakap leh dapat anugerah...hehe sekian untuk kali ini....
salam







Rabu, 23 Februari 2011

Kenapa Bob Lokman sertai PAS

salam semua...lama kita tak bersua..maaf ye,mr.clivicola banyak kerja sangat hendak dibuat, dikesempatan ini, saya mengucapkan salam maulidur rasul...semoga apa yang dibawa oleh RASULLAH SAW menjadi pegangan dan panduan sepanjang zaman....

kali ini saya nak bawa anda semua melihat satu video tentang seorang artis yang agak popular di malaysia ini, dengan azam dan tekad barunya untuk berubah. Contohi la artis ini....semoga segala yang dihajati tercapai..amin

kesedaran kepada agama islam dan cara didikan kepada anak yang dipentingkan untuk mengelakkan sebarang musibah akan datang amat tepat sekali.





oleh itu, jadikan ini satu contoh dan ikutan kepada orang2 serta artis diluar sana. semua perkara yang akan terjadi ditentukan ALLAH SWT, jadi berserah lah kepada yang MAHA KUASA...

sekian untuk kali ini..salam

Khamis, 6 Januari 2011

Jom solat hajat membantu saudara kita dalam kesusahan

Semua ahli PAS dirayu supaya mengadakan solat hajat  serta doa qunut nazilah untuk mempertahankan kerajaan negeri Selangor yang sedang diserang sekarang.

Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali dalam mesejnya yang penuh emosi memohon bantuan semua pihak bagi menghadapi serangan ini.

"Kami dah cuba mempertahankan kerajaan ini selama ini.

"Kami perlukan bantuan anda semua. Maaf kami tak larat untuk melakukan semua perkara," tulis Dr Halimah yang juga Adun Selat Klang dalam mesejnya kepada Harakahdaily.

Halimah (gambar)  juga memaklumkan, Menteri Besar dan semua Exco kerajaan negeri terpaksa menyertai majlis angkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru yang disekalikan dengan majlis penganugerahan darjah kebesaran di istana negeri hari ini.

"Umno mahu menggunakan tektik sembah derhaka untuk ambil alih kerajaan Selangor seperti modus operandi Perak kalau kami tidak pergi," kata Halimah yang merupakan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor.
Tidak bermakna kami rela

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataan medianya sebelum ini memaklumkan, pemergian mereka ke istana hari tidak bermakna mengiktiraf perlantikan Khusrin.

"Kami ingin menegaskan kehadiran kami ini tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA terhadap pentadbiran ini. Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana," kata Khalid dalam kenyataannya.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri, kata Khalid adalah "sebagai bukti dan tanda kasih serta taat setia kami kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor."


Kerajaan Negeri Selangor, katanya,  telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA ) dan menyatakan rasa terkilan Negeri Selangor  di dalam isu pelantikan SUK.