Salam ...musim tengkujuh datang lagi...banyak tempat-tempat mengalami banjir, yang paling teruk di perlis dan kedah.
Terlalu teruk musim ni sehingga hampir mencecah 50ribu mangsa di kedah. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Sedih saya tengok mangsa-mangsa banjir yang tak sempat diberi pertolongan disaat mereka amat perlukannya.
Jika semua itu berlaku kepada kita semua, apa kita rasa? adakah kita prihatin dengan mangsa-mangsa banjir itu? Janganlah kita sentiasa menyalahkan pihak-pihak lain yang tidak datang membantu, tanya diri kita dulu apa tindakan dan sumbangan kita?
Atas rasa prihatin dengan nasib mangsa-mangsa banjir, saya akan menyertai misi menyelamat dan bantuan banjir dan akan bertolak ke kedah esok. Saya menyeru dan mengajak semua turut membantu dan prihatin dengan masalah disekeliling kita.
Walaupun tidak berupaya untuk pergi membantu, bantuan secara kewangan, makanan dan pakaian pun amat dialu-alukan.
Ummat islam seharusnya bersifat prihatin dan saling bantu membantu.
Sekarang ini waktu mereka memerlukan bantuan kita, mungkin satu masa nanti tiba masa kita, insyaALLAH akan dipermudahkan bantuan dan diringankan dugaan.
Banjir mula menampakkan tanda surutnya, banyak rumah-rumah, ladang, pejabat dan semuanya rosak akibat banjir tersebut. Soal kerugian memang tidak terkata la jawabnya.
Ayuh semua kita sama-sama doakan keselamatan dan moga dipermudahkan dugaan mangsa-mangsa banjir itu. semoga dijauhkan dari penyakit-penyakit yang biasa dihidapi selepas banjir melanda.
Sekian untuk kali ini, jika ada ruang dan kelapangan serta mahu berbakti dan beramal, jom sertai saya hari jumaat ini kita gotong royong perdana bantu mangsa bajir di kedah. Semoga diberkati ALLAH SWT hendaknya...amin


