selamat datang ke teratak clivicola :)

Semoga garapan dan cetusan minda saya ini menepati citarasa dan memuaskan hati semua. Terima kasih juga kepada semua kerana sudi menatap blog saya ini...selamat maju jaya

Jumaat, 29 Oktober 2010

Apa nk jadi malaysia yg dikatakan negara islam?

Hasrat pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan
Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan
mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP) adalah sesuatu yang
mendukacitakan.

Malah satu daripada 12 projek permulaan (EPP) itu adalah melonggarkan
syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, maka makin
mudah lah artis seperti Adam Lambert untuk mengadakan konsert di negara
Islam ini.

Lapor Malaysiakini, lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan
zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau
Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan
malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

Adakah kerajaan tidak 'aware' bahawa sangat ramai pemuda Islam dan Melayu
yang mengunjungi kelab-kelab malam di kota-kota? Tidakkah mereka membaca
surat khabar Harian Metro atau ambil pengajaran dari rancangan Edisi
Siasat atau 999?

Masyarakat kita makin tenat dek gejala sosial yang tidak pernah berkurang
dan kerajaan berhasrat untuk menyediakan lebih ruang dan peluang untuk
maksiat?

Adakah berbaloi hasrat ini hanya kerana ia mampu meningkatkan pendapatan
negara dan kita pula perlu membayar nilai itu dengan masyarakat yang
semakin hancur kerana lorong nafsu semakin luas terbuka?

Persoalan lain adalah, tiadakah cara lain yang boleh kita usahakan untuk
memantapkan lagi industri pelancongan negara?

Semoga pihak kerajaan menilai semula langkah ini kerana pastinya rakyat
tidak berkenan dan kecewa dengan berita ini.

Memetik apa yang yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin,

"Lorong ke Syurga itu perlu melalui duri-duri (melawan nafsu), dan lorong
ke Neraka itu dengan mengikuti hawa nafsu". (Hadis riwayat Abu Daud &
Ahmad, Albani : Sohih )

"Sesungguhnya Allah swt berkata kepada Adam (a.s) : Sesungguhnya Allah
akan membangkitkan zuriat kamu dengan sekumpulan akan ke neraka, maka
berkata Adam : Wahai tuhanku, berapa ramai jumlah mereka. Jawab Allah :
dari setiap seribu orang, sermai 999 akan ke neraka dan hanya seorang ke
syurga. ( Hadis riwayat Ahmad & At-Tabrani dengan sanad yang baik : Majma'
Az-Zawaid, no 18621)

Dari hadis di atas, jelas dinyatakan nisbah penduduk syurga dengan neraka
dari 1000 orang, 999 akan dihumban ke neraka dan hanya seorang sahaja yang
layak ke syurga. Justeru, mengapa industri nafsu ingin dijadikan sumber
pendapatan?

Bukankah lebih baik jika pihak kerajaan berusaha untuk membawa kita
rakyat-rakyatnya ke arah mendapatkan syurga Allah..
sama2 kita fikirkan dan bertindak...