Salam buat semua...dalam suasana cuaca redup dan hujan sini sana, banyak tempat dilanda banjir,selepas sebelah utara kini sebelah timur pula. Kita dapat lihat di media arus perdana usaha kerajaan membantu mangsa banjir. Di negeri yang diperintah oleh pembangkang langsung tidak di dedahkan usaha kerajaan negeri itu , hanya usaha kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang diperintah BN sentiasa dipaparkan tiap-tiap hari.Itu dari segi maklumat dan kebenaran disembunyikan oleh media yang dikuasai kerajaan bagi mengalihkan fikiran rakyat dan pandangan negatif kepada pembangkang . Ini pula berkaitan tentang sejauh manakah perihatinnya kerajaan dengan nasib hidup rakyat? membela rakyat, membantu rakyat dalam segala hal dan mengotakan janji-janji untuk kesenangan rakyat?
Janji-janji pemimpin kerajaan ternyata tidak boleh dipegang kerana mereka hanya sekadar tahu berjanji tetapi tidak pula jujur dan tahu menunaikannya sejak dulu. ianya hanya sekadar mahu menggula-gulakan rakyat untuk meraih undi bagi mencapai kemenangan dalam pilihan raya.Realiti itu terserlah apabila kerajaan sejak 3 Disember lalu telah mengambil keputusan menaikkan harga barangan keperluan utama rakyat seperti petrol, diesel, gas dan gula, sehingga menyebabkan rakyat semakin terhimpit walaupun telah diberi jaminan bahawa perkara seumpama itu tidak akan berlaku.
Janji palsu?
"Pada hal, 2 November 2010 yang lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kenaikan RON97 ditentukan oleh syarikat pengeluar minyak. Kerajaan tidak bertanggungjawab terhadap kenaikan harga minyak petrol RON97 kerana harga bahan mentah itu dikawal sepenuhnya oleh pasaran terbuka.
"Bagaimanapun kerajaan memberi jaminan harga minyak RON 95 tidak akan naik dalam tempoh terdekat. Rakyat juga tidak perlu risau kerana kerajaan juga tidak ada perancangan untuk menaikkan harga minyak RON95 dalam tempoh terdekat," itu kata Ismail Sabri seperti yang dilaporkan media tempatan.
Malangnya, pada 3 Disember lalu harga petrol RON95 dinaikkan 5 sen menjadikan harganya RM1.90 seliter. Selain itu, harga diesel juga dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter, manakala gas LPG pula naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram. Harga gula dinaikkan 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
Pada hari yang sama, Bernama melaporkan menteri yang sama juga telah berkata sekali lagi bahawa harga barang seperti gandum, beras dan minyak masak dijangka tidak akan dinaikkan buat masa ini. Kononnya kerajaan juga masih mengekalkan subsidi ke atas barangan berkenaan memandangkan ia adalah barangan keperluan semua rakyat di negara ini.
"Pada hal, 2 November 2010 yang lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kenaikan RON97 ditentukan oleh syarikat pengeluar minyak. Kerajaan tidak bertanggungjawab terhadap kenaikan harga minyak petrol RON97 kerana harga bahan mentah itu dikawal sepenuhnya oleh pasaran terbuka.
"Bagaimanapun kerajaan memberi jaminan harga minyak RON 95 tidak akan naik dalam tempoh terdekat. Rakyat juga tidak perlu risau kerana kerajaan juga tidak ada perancangan untuk menaikkan harga minyak RON95 dalam tempoh terdekat," itu kata Ismail Sabri seperti yang dilaporkan media tempatan.
Malangnya, pada 3 Disember lalu harga petrol RON95 dinaikkan 5 sen menjadikan harganya RM1.90 seliter. Selain itu, harga diesel juga dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter, manakala gas LPG pula naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram. Harga gula dinaikkan 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
Pada hari yang sama, Bernama melaporkan menteri yang sama juga telah berkata sekali lagi bahawa harga barang seperti gandum, beras dan minyak masak dijangka tidak akan dinaikkan buat masa ini. Kononnya kerajaan juga masih mengekalkan subsidi ke atas barangan berkenaan memandangkan ia adalah barangan keperluan semua rakyat di negara ini.Pentingkan diri sendiri
"Percayakah anda akan kata-kata beliau itu? Ternyata segala janji kerajaan tidak boleh dipegang. Itu semua samalah dengan slogan yang diwar-warkan oleh (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak) itu sendiri yang juga tidak boleh dipegang. Sebaliknya, tindak-tanduk para pemimpin kerajaan ternyata tidak pernah mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian, tetapi hanya menekan dan menzalimi rakyat dalam segala aspek.

"Mereka ternyata hanya mementingkan diri mereka sendiri sahaja, bukannya mementingkan rakyat. Jadi, rakyat mesti sedar perkara ini. Jika rakyat tidak sedar dan terus tertipu dengan janji-janji kerajaan yang dipimpin BN, para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat yang mesti menyedarkan rakyat agar tidak terus tertipu dengan permainan politik kotor mereka ini.
Kenaikan harga petrol, disel, gas dan gula, sememangnya amat menyusahkan rakyat pada semua peringkat, termasuk para penganut Kristian yang akan merayakan sambutan perayaan mereka tidak lama lagi, tetapi para pemimpin kerajaan tidak memikirkan masalah rakyat.
sungguh kesal kerana kerajaan pusat turut menzalimi rakyat dalam aspek air, apabila sanggup bertindak untuk menaikkan harga air di Selangor, sehingga memaksa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengambil tindakan tegas untuk membantu rakyat yang dizalimi.
Satu gerakan akan dilancarkan untuk mengedarkan risalah dan menyedarkan orang ramai agar tidak lagi terus tertipu dengan para pemimpin BN dan memberi undi kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang.

Jadi rakyat mesti disedarkan agar tidak lagi memberi undi kepada BN, tetapi kepada Pakatan Rakyat kerana hanya dengan cara itu barulah kehidupan rakyat akan terbela.

sumber : malaysiakini