selamat datang ke teratak clivicola :)

Semoga garapan dan cetusan minda saya ini menepati citarasa dan memuaskan hati semua. Terima kasih juga kepada semua kerana sudi menatap blog saya ini...selamat maju jaya

Khamis, 18 November 2010

Aidil Adha memberi Sejuta Pengertian...

Salam AidilAdha...

     Aidil Adha tiba lagi, ummat Islam diseluruh pelusuk dunia berkumpul menunaikan ibadat ke5 rukun agama kita. Semua berlumba-lumba hendak mendapatkan haji mabbror iaitu haji tahap paling tinggi. Di MAKKAH tempat semuanya berkumpul, tak kira usia tua atau muda, lelaki atau wanita, kaya atau miskin dan jenis bangsa.

     Ramai orang yang berhajat untuk pergi menunaikan haji, tapi ramai yang hajat tak tercapai. Ada yang ajal menjemput dahulu, ada yang sakit tak baik-baik, ada yang tak mampu dan sebagainya. Tapi yang paling dukacita, ada yang sihat, mampu dan banyak masa tapi tak ada niat pun nak pergi menyahut seruan haji itu,kenapa???.

     Saya berazam dan amat berharap agar berkesempatan untuk menunaikan ibadat ke5 itu, tapi masih belum waktunya. Harap semua orang menanamkan hajat yang sama ya.

     Itu cerita di Makkah, kita disini menyambut AidilAdha dengan melaksanakan ibadat korban selain menunaikan solat sunat AidilAdha. Seperti semua maklum, binatang peliharaan kambing , lembu, kerbau dan unta sahaja yang kita sunat korbankan. Daripada ibadat korban itu, terlalu banyak pengajaran, pengertian dan faedah yang boleh kita ambil.

     Ayuh kita kenang kembali kisah Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS. Mulia dan taatnya baginda pada suruhan ALLAH SWT untuk menyembelih anaknya sebagai korban. Nabi Ismail pula sebagai anak amat patuh pada perintah ALLAH SWT dengan serta merta membenarkan lehernya disembelih ayahnya.

     Disisi ALLAH pahalanya sudah diterima dan digantikan dengan unta untuk dikorbankan. Betapa besarnya suruhan ALLAH untuk kita tunaikan. Fikirkan lah bersama, adakah kita menunaikan semua suruhan ALLAH? segala perbuatan kita seiring dengan kehendak ALLAH? pemimpin pula, adakah memimpin cara tslam? ikut suruhan ALLAH?

     Banyak yang kita boleh persoalkan dengan mengambil iktibar dari ibadat korban ini. Banyak yang perlu kita betulkan, kita harus selidik dan beri perhatian lagi. Agar kita menjadi hamba ALLAH yang disayangi, dirahmati serta di ampunkan segala dosa, diterima doa dan yang paling penting akan dimasukkan ke syurga ALLAH akhir nanti.

     Sewaktu darah binatang korban menitis ke bumi, Insyaallah jika kita ikhlas, maka telah sampai pahala kita diterima ALLAH. Kita dilarang bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk kerana pahala korban akan hilang. Sia-sia sahaja korban kita tak akan diterima ALLAH.

     Saya berpeluang mengambil bahagian dalam ibadat korban semalam, bertuahnya rasa kerana sempat menunaikan ibadat ini. Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki tahun depan saya berazam ingin menyertainya lagi.

     Sekian untuk kali ini, semoga semua mengambil iktibar dari ibadat korban dan kisah asalnya, harap kita semua berada didalam rahmatNYA. Selamat menyambut HARI RAYA AIDIL ADHA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan