selamat datang ke teratak clivicola :)

Semoga garapan dan cetusan minda saya ini menepati citarasa dan memuaskan hati semua. Terima kasih juga kepada semua kerana sudi menatap blog saya ini...selamat maju jaya

Khamis, 18 November 2010

Aidil Adha memberi Sejuta Pengertian...

Salam AidilAdha...

     Aidil Adha tiba lagi, ummat Islam diseluruh pelusuk dunia berkumpul menunaikan ibadat ke5 rukun agama kita. Semua berlumba-lumba hendak mendapatkan haji mabbror iaitu haji tahap paling tinggi. Di MAKKAH tempat semuanya berkumpul, tak kira usia tua atau muda, lelaki atau wanita, kaya atau miskin dan jenis bangsa.

     Ramai orang yang berhajat untuk pergi menunaikan haji, tapi ramai yang hajat tak tercapai. Ada yang ajal menjemput dahulu, ada yang sakit tak baik-baik, ada yang tak mampu dan sebagainya. Tapi yang paling dukacita, ada yang sihat, mampu dan banyak masa tapi tak ada niat pun nak pergi menyahut seruan haji itu,kenapa???.

     Saya berazam dan amat berharap agar berkesempatan untuk menunaikan ibadat ke5 itu, tapi masih belum waktunya. Harap semua orang menanamkan hajat yang sama ya.

     Itu cerita di Makkah, kita disini menyambut AidilAdha dengan melaksanakan ibadat korban selain menunaikan solat sunat AidilAdha. Seperti semua maklum, binatang peliharaan kambing , lembu, kerbau dan unta sahaja yang kita sunat korbankan. Daripada ibadat korban itu, terlalu banyak pengajaran, pengertian dan faedah yang boleh kita ambil.

     Ayuh kita kenang kembali kisah Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS. Mulia dan taatnya baginda pada suruhan ALLAH SWT untuk menyembelih anaknya sebagai korban. Nabi Ismail pula sebagai anak amat patuh pada perintah ALLAH SWT dengan serta merta membenarkan lehernya disembelih ayahnya.

     Disisi ALLAH pahalanya sudah diterima dan digantikan dengan unta untuk dikorbankan. Betapa besarnya suruhan ALLAH untuk kita tunaikan. Fikirkan lah bersama, adakah kita menunaikan semua suruhan ALLAH? segala perbuatan kita seiring dengan kehendak ALLAH? pemimpin pula, adakah memimpin cara tslam? ikut suruhan ALLAH?

     Banyak yang kita boleh persoalkan dengan mengambil iktibar dari ibadat korban ini. Banyak yang perlu kita betulkan, kita harus selidik dan beri perhatian lagi. Agar kita menjadi hamba ALLAH yang disayangi, dirahmati serta di ampunkan segala dosa, diterima doa dan yang paling penting akan dimasukkan ke syurga ALLAH akhir nanti.

     Sewaktu darah binatang korban menitis ke bumi, Insyaallah jika kita ikhlas, maka telah sampai pahala kita diterima ALLAH. Kita dilarang bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk kerana pahala korban akan hilang. Sia-sia sahaja korban kita tak akan diterima ALLAH.

     Saya berpeluang mengambil bahagian dalam ibadat korban semalam, bertuahnya rasa kerana sempat menunaikan ibadat ini. Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki tahun depan saya berazam ingin menyertainya lagi.

     Sekian untuk kali ini, semoga semua mengambil iktibar dari ibadat korban dan kisah asalnya, harap kita semua berada didalam rahmatNYA. Selamat menyambut HARI RAYA AIDIL ADHA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Rabu, 10 November 2010

Prihatinkah kita kepada mangsa banjir?

Salam ...musim tengkujuh datang lagi...banyak tempat-tempat mengalami banjir, yang paling teruk di perlis dan kedah.

Terlalu teruk musim ni sehingga hampir mencecah 50ribu mangsa di kedah. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Sedih saya tengok mangsa-mangsa banjir yang tak sempat diberi pertolongan disaat mereka amat perlukannya.

Jika semua itu berlaku kepada kita semua, apa kita rasa? adakah kita prihatin dengan mangsa-mangsa banjir itu? Janganlah kita sentiasa menyalahkan pihak-pihak lain yang tidak datang membantu, tanya diri kita dulu apa tindakan dan sumbangan kita?


Atas rasa prihatin dengan nasib mangsa-mangsa banjir, saya akan menyertai misi menyelamat dan bantuan banjir dan akan bertolak ke kedah esok. Saya menyeru dan mengajak semua turut membantu dan prihatin dengan masalah disekeliling kita.

Walaupun tidak berupaya untuk pergi membantu, bantuan secara kewangan, makanan dan pakaian pun amat dialu-alukan.
Ummat islam seharusnya bersifat prihatin dan saling bantu membantu.

Sekarang ini waktu mereka memerlukan bantuan kita, mungkin satu masa nanti tiba masa kita, insyaALLAH akan dipermudahkan bantuan dan diringankan dugaan.



Banjir mula menampakkan tanda surutnya, banyak rumah-rumah, ladang, pejabat dan semuanya rosak akibat banjir tersebut. Soal kerugian memang tidak terkata la jawabnya.

Ayuh semua kita sama-sama doakan keselamatan dan moga dipermudahkan dugaan mangsa-mangsa banjir itu. semoga dijauhkan dari penyakit-penyakit yang biasa dihidapi selepas banjir melanda.



Sekian untuk kali ini, jika ada ruang dan kelapangan serta mahu berbakti dan beramal, jom sertai saya hari jumaat ini kita gotong royong perdana bantu mangsa bajir di kedah. Semoga diberkati ALLAH SWT hendaknya...amin

Sabtu, 6 November 2010

Puisi Perjuangan Hamba...

menang tak mesti kita berjaya,
menang tak mesti kita diterima,
menang tak mesti kita betul,
menang tak mesti berulang,
menang tak mesti tiada cabaran,
menang tak mesti kita dihormati,

kalah tak mesti kita kecewa,
kalah tak mesti kita mundur,
kalah tak mesti berulang lagi,
kalah tak mesti dalam semua perkara,
kalah tak mesti lemah semangat,
kalah tak mesti untuk selamanya,

perjuangan betul kerana ALLAH,
perjuangan betul tak ada kalah,
perjuangan betul tak ada sudah,
perjuangan betul untuk ummah,
perjuangan betul jaga maruah,
perjuangan betul pertahan aqidah,
perjuangan betul kena tabah,
perjuangan betul lawan nafsu serakah,
perjuangan betul berperang dengan syaitan laknatullah,
perjuangan betul biar berdarah,
perjuangan betul hingga bertemu ALLAH.

wahai semua pahlawan,
perjuangan yang betul akan diterima ALLAH SWT,
kalah atau menang kita mesti dengan-NYA,
bila menang kita wajib bersyukur pada-NYA,
bila kalah anggap itu ujian dari-NYA,
sabar dan tabah itu asam garam perlu ada,
untuk bertahan di persinggahan yang penuh onak duri dan cabaran ini.
salam perjuangan........

hikayat: clivicola

Rabu, 3 November 2010

Eksploitasi: Islam celaru, bukan Islam keliru

Salam semua...

Sama2 kita fikirkan, ummat islam ketika ini bagaimana?apa jaminan akan datang berdasarkan kepimpinan negara sekarang?

baru-baru ini kerajaan telah bercadang untuk jadikan malaysia sebagai hub hiburan malam. jika ianya menjadi kenyataan, maka makin bertambahlah kelab-kelab malam terkemuka di negara tercinta ini.
katanya untuk menjana ekonomi negara tapi sudahkah kerajaan berfikir apa kesannya pada agama?anak-anak muda?dan negara itu sendiri?

Manakah yang dikatakan Malaysia sebuah negara islam?siapakah yang akan membela agama?
ummat islam jadi makin celaru.

Oleh itu, Ahli Parlimen Baling, Taib Azamudden Md Taib mencadangkan kerajaan memikirkan langkah untuk mewujudkan Institut Fatwa Negara (Darul Ifta) bagi menyelesaikan segala perkara yang menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam.


Taib ketika mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini mengambil contoh penganjuran pertunjukan fesyen busana muslim yang didakwa dinaungi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang menerima bantahan daripada pebagai pihak.
"Jawapan atas kertas memang cantik tapi realiti yang berlaku dalam masyarakat sebaliknya. Contohnya penganjuran busana muslim, ada ulama dalam surat khabar kata tak haram walaupun mendedahkan aurat kerana niatnya baik,” ujarnya.
Tambah beliau, yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat, pelbagai kekeliruan yang timbul bukan kerana masalah perselisihan pendapat tetapi masalah dasar yang melibatkan hukum agama.
"Pelbagai hujah diberikan dan pelbagai lagi isu yang memeningkan. Yang dijelaskan Timbalan Menteri tadi iala masalah khilaf. Tapi ini masalah dasar. Sebab itu di Kaherah atau di Mesir diwujudkan Darul Ifta untuk kawal perkara ini supaya perkara dasar jangan jadi perkara khilaf. Begitu juga di Damsyik ada Darul Hadis. Di Malaysia juga ada Darul Quran. Kenapa kita tidak selaraskan perkara ini," kata beliau.
Ujarnya juga, keadaan menjadi lebih celaru apabila terdapat pihak yang mengeksploitasi keadaan untuk menimbulkan kecelaruan dalam Islam.
"Saya lihat hari ini perkara-perkara seumpama ini diambil kesempatan oleh pihak-pihak yang tak bertanggungjawab untuk mengeksploitasi suasana ini supaya menampakkan Islam itu celaru.
"Yang memalukan kita ialah kepada orang-orang bukan Islam untuk cuba memahami apa itu Islam yang sebenar. Jadi adakah kita tidak mempunyai satu langkah untuk mewujudkan Darul Ifta supaya dapat mengawal semua isu.
"Kita tak mahu agama dipolitikkan. Menteri jawab semata-mata nak pertahankan kerajaan. Ini bukan masalah kerajaan atau pembangkang. Masalahnya ialah kekeliruan berlaku yang boleh menjejaskan imej Islam," katanya lagi.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim bagaimanapun berkata, penubuhan Darul Ifta bergantung kepada persetujuan Majlis Raja-Raja.
"Majlis Raja-Raja hanya bersetuju supaya diperkasakan institusi yang ada tanpa menubuhkan Darul Ifta. Jadi kita akur. Yang penting bukan pada nama tapi kerja tersebut dijalankan. Saya tak nampak kecelaruan pada isu-isu tertentu sebab fatwa hanya perlu kepada perkara-perkara yang keliru sahaja," katanya.
sumber ; harakahdaily

Selasa, 2 November 2010

Jagalah hati sebaik mungkin ...

10 Sebab atau Tanda Hati Mati dan 3 Cara Bagaimana Untuk Hidupkan Hati

Hari ini saya nak kongsikan satu artikel yang baik buat renungan kita semua. Saya harap anda ambil iktibar darinya, amalkan dan sampaikan kepada semua kenalan dan keluarga kita, insyaallah.
Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:
  1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
  2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
  3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
  4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
  5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
  6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
  7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
  8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
  9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
  10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.
Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;
Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.
Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;
  1. Hubbun dunia (kasihkan dunia)
  2. Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
  3. Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.
Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;
  1. Zuhud dengan dunia
  2. Zikrullah
  3. Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah
Lidah orang yang berakal terletak di belakang hatinya. Hati orang yang bodoh terletak di belakang lidahnya.
Sekian, semoga dapat ambil peringatan.

Isnin, 1 November 2010

Dasyatnya doa seorang IBU

Assalamualaikum Semua,

Ini adalah sedutan dari ceramah oleh Al Ustaz Abdullah Mahmud dari unit
KAGAT ATM.yg bertajuk,"Dahsyat nya doa seorang ibu

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
* Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita.
Kita adalah di bawah seksa Allah bila ada masa untuk buat benda tak
baik tapi tiada masa nak buat perkara yang baik

* Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah


* *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2
jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata.
Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

* Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu,
sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

* Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
* Melihat kaabah sehingga menitis air mata
* Membaca quran sehingga menitis air mata
* Memandang wajah ibu yg sedang tidur / sedar hingga berlinang air
mata

* 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup,
tengok masa tidor!
* Anak
* Ibu
* Suami
Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai
nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan
kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika
tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi
mahkamah :-)

* Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis
di hari kematian ibunya... kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg
masih ada ibu, pandang laa selalu

* Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk
menujukkan sesuatu pada ibu

* Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama,
jangan takut

* Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g.
tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai

* *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang
terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat
letakan ibu kita di tempat yang terbaik

* Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, "ungkit"
kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu
dipanggil "wasilah amal"
* "Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu
satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini"
* *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab.
Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah
hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita
* Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan :-)

* Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa
sakit/musibah

* Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,,
then cakap dengan Allah
* "Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung
ini"
* "Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini"
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu
dan orang yang memerlukkan.

* *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang
buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada
waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih
hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

* Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan
mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!

* *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup
* Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke
pusara mak kita cakap.."Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada
tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan" atau "bapa saya nak kawin
esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan.." Ustaz
kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar
dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.

* Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan
kita "berkatilah si A ini" dan jika tak bagi salam, mereka akan kata
"celakahlah orang ini" Jadi, jangan lupa bagi salam next time

* Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan
harta sampai mati tak pernah keluarkan

* Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu
selamanya..

* Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah
kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta
datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk
sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan
org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!

* *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada
peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi
peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! "Ya
Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai
kepada ibuku". Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.

* Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru
kita ringan tangan nak bersedekah

* *** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan
nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik
insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah
menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

* Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan
matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita
sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita


Selalu Bergaduh Dengan Ibu
* Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada
kemungkinan kita diganggu saka
* Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu
bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang
belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar
* Saka dipindahkan melalui Kasih sayang/ Harta pusaka, walaupun
sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan
* Symptom dah terkena saka
* Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
* Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu
lapar
* Susah nak dapat anak, senang gugur
* Ada rasa kelibat orang lalu
* Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak
hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit
kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam
* Cara hilangkan saka, Zikir "Laillahaillalah" 700,000 sampai
habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan

* Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and
cancer tulang.

* 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari
syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa
perawatan cara islam jugak.

* Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita
tolong zikirkan

* Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas..
"Qulhuwallahuahad..." 1000x sehari

Anak Lari Dari Rumah
* Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan
anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

* Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita,
insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya

Anak Degil
* *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
* Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g.
Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang
bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang
sayang sesama manusia

You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and
see.

So info dah disampaikan, marilah kita sama2 praktikan mana yang
mampu dan baik utk kita...

Sangat baik utk dikongsikan bersama... Selamat beramal...