selamat datang ke teratak clivicola :)

Semoga garapan dan cetusan minda saya ini menepati citarasa dan memuaskan hati semua. Terima kasih juga kepada semua kerana sudi menatap blog saya ini...selamat maju jaya

Ahad, 31 Oktober 2010

kerana islam kita dikatakan KOLOT???

Bismillahhirrahmanirrahim…

As-salamullahi'alaykumwarahmatullahi wabarakatuh.

Moga kalian semua diberkati Allah.
Berhari menulis isi hati untuk mengingatkan diri sendiri dan saudara
sesama Islam. Lahirlah idea menulis atas tajuk ini. Mungkin sebab saya
salah seorang dari mereka yang berfikiran kolot kerana berfikiran
berhati-hati dalam soal yang dianggap remeh seperti pergaulan antara
lelaki dan perempuan.

Andai tersalah pandangan, tegurlah saya yang hina ini wahai insan-insan
yang dikasihi Allah diluar sana.

Syukran.

Babak 1.

Berlaku di?

Salah sebuah bilik di asrama lelaki.

Masa?
Pagi, petang atau malam.

“Eh Din, jom belajar dengan Siti dan Nurul? Mereka dah lama tunggu di kafe
tu.”
“Tak mahulah Bad. Aku boleh belajar sendirian. Lagipun sejak bila kau
belajar dengan diaorang ni?”
“Alah, bosanlah belajar dengan sejantina ni, tak fun la. Kalau dengan
lain jantina ni banyak sikit idea.Mencurah-curah ilmu lebih aku dapat..”
sengih si Bad.
“Tapi kan diaorang bukan mahram kita? Takkan kau lupa apa kata kau sebelum
ni? Belajar dengan mahram lebih baik, redha Allah ada. If terdesak sangat
and in case perempuan
je yang dapat kuasai topik tertentu kau akan ajak ramai-ramai dan sekelas
untuk belajar sama. Lebih baik. Fitnah pun tak ada.”
“Memanglah tapi tu dulu. Aku rasa, kolot betul pemikiran aku sendiri kan?
Okeylah, kau nak simpan kata-kata aku tu simpan jelah, aku pergi dulu.”

Babak 2.

Berlaku di?
Dalam pesanan ringkas.

Masa?
Bila-bila.

“Ina,kita jumpa di taman bunga eh? Please...saya tak pernah dapat jumpa
awak berdua je.
Di sekolah pun terserempak dan awak tak pernah pun nak senyum dan selalu
je elak.”

“Man, kan saya dah cakap, saya tak nak. Saya tak boleh. Berjumpa sebab
apa? Bukan ada perkara penting. Kalau saya bawa Kak Nah, awak tak bagi.
Nak bawa Abang Usop pun tak boleh. Mak dan ayah? Lagilah awak tak mahu.
Tak bersedia la...apa-apa la. Lagi, jumpa je pun tapi tetap kena bawa
mahram bersama. Itu hukum yang patut kita terima dan ditetapkan oleh
Islam. Lainlah awak ni suami saya ”

“Alah awak ni, kolot betullah. Bukan saya nak apa-apa kan awak pun sampai
kena bawa semua famili awak sekali. Takdelah privacy. Cuba tengok si Rizal
dan Imah tu, diaorang selalu jumpa tapi batas jaga jugak. Takde pun sampai
bawa sekali semua famli.”

“Soalnya, saya ni bukan bini awak yang boleh dibawa sesuka hati berjumpa
tanpa sebab yang

dibolehkan syarak. Awak nak jumpa sebab nak luahkan perasaan awak kan?
Saya tak nak.
Imah tu lainlah, dia biasa benda-benda macam tu. Saya tak biasa dan saya
tak nak biasakan buat perkara sia-sia ni. Awak nak perempuan macam Imah?
Carilah lain. Maaf.”

“Ala..Ina, maaf eh. Hmm..Kalau macam tu saya jumpa awak di sekolah jela.
Dapat tengok tanpa jumpa berdua pun jadilah. Nanti if saya dah mampu saya
datang terus rumah awak.”

******

Dan..berapa banyak lagi babak dalam kehidupan yang menunjukkan
pemikiran-pemikiran mereka yang mahukan kebebasan seperti yang ditunjukkan
oleh pihak bukan ISLAM. Pemikiran ISLAM pula sering dikatakan sebagai
KOLOT. Siapakah yang paling maju diantara umat Islam yang benar-benar ikut
budaya dan cara mereka yang bukan Islam? Orang Islam mana pula yang
benar-benar mundur dan ketinggalan hanya kerana ikut setiap apa yang
digariskan oleh ISLAM?

Allah dah mengisytiharkan kesempurnaan ISLAM di dalam Kalamullah. Andai ia
tidak sempurna, tiadalah perintah Allah yang menyuruh kita, manusia yang
lemah dan hina ini patuh dan taat
pada setiap perintahNYA..Patuh dan taat pada agamaNYA.

“Aslam taslim!”
“Islamlah, anda akan selamat!”

Kerana makna Islam sendiri membawa maksud sejahtera. Mereka yang
berfikiran bercanggah dari pemikiran yang Islam gariskan, dan tidak
meneliti kesempurnaan dan kebaikan yang

terkandung di dalam Islam mungkin akan meletakkan Islam sebagai agama yang
leceh, kolot hanya kerana keterbatasan-keterbatasan yang wujud.

Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara yang perlu
dititik beratkan. Saya sendiri dulu pernah terfikir, dalam Islam terlalu
banyak pantang larang. Itu tak boleh, ini tak boleh. Walhal setiap
peraturan Islam tentukan punya kebaikan dan sebab-sebabyang khas buat
manusia yang fitrahnya adalah Islam pada asalnya sebelum lahirnya kita ke
dunia dan ditentukan dalam berlainan agama. Bukan?

Jika penganut bukan Islam berfikiran sedemikian, kita sendiri sedia maklum
bahawa mereka tidak mendalami agama suci ini sedalamnya. Namun, yang
dikisahkan apabila penganut Islam sendiri, mereka yang mengaku keEsaan
Allah dan kerasulan kekasihNYA pun mengatakan bahawa Islam ini kolot.
Terdapat perkara-perkara yang dianggap kolot jika diturutkan.

“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah
jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barang siapa
yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia
telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus.
Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Al-Baqarah ayat 256


“Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan)
agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah
kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan
telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi
agama mu."
Al Maidah ayat 3


“Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah
serta taatlah;”
Al Qashash ayat 16

“Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian
pula Yakub. (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah
memilih agama ini bagimu,
maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam.”
Al-Baqarah ayat 132

Kita ni dah terlalu banyak disogokkan dengan budaya dan cara hidup mereka
bukan Islam.
Kebebasan yang dipertontonkan. Dunia menjadi dambaan dan dikejar. Bukankah
ada suatu waktu dimana makhluk Allah yang dikurniakan akal ini akan
dihisab? Bukankah ada suatu saat dimana,harta tidak lagi berguna untuk
menyelamatkan diri di sana?

Islam itu penawar. Kerana setiap sesuatu diukur dengan kehalusan dan
kesempurnaanNYA
yang tidak ternilai. Sekalipun hal yang remeh sekalipun. Sekecil perkara
itu punya banyak hikmah yang menguntungkan diri sendiri. DIA? tidak pernah
mengharapkan balasan hambaNYA kerana ia bukan bermakna pada Pencipta.

Terkadang mungkin kita merasakan bahawa kita tidak boleh terlalu jumud
dalam soal Islam memandangkan kita di zaman era baru. Zaman kecanggihan.
Zaman dimana material makin hebat, dan akhlak manusia semakin tenat. Tapi,
asasnya yang dianggap remeh itu mampu menyelamatkan permulaan risiko yang
lebih besar.

Teringat kata seorang teman, Islam itu fleksibel. Sesuai mengikut
peredaran zaman.
Tapi..manusia telah terlalu mengikut keadaan sehingga Islam itu sendiri
akhirnya ditinggalkan
hanya pada namanya dan seterusnya memalingkan hukum Islam terus.

Kita lupa, redha Allah itu pada perkara yang disukai dan dicintaiNYA. Kita
alpa, bahawa Rasulullah dah menetapkan kita tidak akan sesat mahupun
tersasar dengan berpandukan Kalamullah dan sunnah baginda.

Tolonglah.
Jangan mudah berkata sesuatu itu KOLOT.
Hanya kerana keterbatasan yang wujud dan merasa susah untuk diikut.
Terkadang..perkara itu nampak kolot,
tapi tersembunyi redha Ilahi sebenarnya.

Apa pun,
Jom hayati agama kita!
Jangan dipersoalkan sebelum mengenal.
Tak kenal maka tak cinta.
Kan?
Fastabiqul Khairat..!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan