selamat datang ke teratak clivicola :)

Semoga garapan dan cetusan minda saya ini menepati citarasa dan memuaskan hati semua. Terima kasih juga kepada semua kerana sudi menatap blog saya ini...selamat maju jaya

Khamis, 9 Disember 2010

Prihatinkah kerajaan kepada nasib rakyat???

NONESalam buat semua...dalam suasana cuaca redup dan hujan sini sana, banyak tempat dilanda banjir,selepas sebelah utara kini sebelah timur pula. Kita dapat lihat di media arus perdana usaha kerajaan membantu mangsa banjir. Di negeri yang diperintah oleh pembangkang langsung tidak di dedahkan usaha kerajaan negeri itu , hanya usaha kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang diperintah BN sentiasa dipaparkan tiap-tiap hari.


Itu dari segi maklumat dan kebenaran disembunyikan oleh media yang dikuasai kerajaan bagi mengalihkan fikiran rakyat dan pandangan negatif kepada pembangkang . Ini pula berkaitan tentang sejauh manakah perihatinnya kerajaan dengan nasib hidup rakyat? membela rakyat, membantu rakyat dalam segala hal dan mengotakan janji-janji untuk kesenangan rakyat?


NONEJanji-janji pemimpin kerajaan ternyata tidak boleh dipegang kerana mereka hanya sekadar tahu berjanji tetapi tidak pula jujur dan tahu menunaikannya sejak dulu. ianya hanya sekadar mahu menggula-gulakan rakyat untuk meraih undi bagi mencapai kemenangan dalam pilihan raya.


Realiti itu terserlah apabila kerajaan sejak 3 Disember lalu telah mengambil keputusan menaikkan harga barangan keperluan utama rakyat seperti petrol, diesel, gas dan gula, sehingga menyebabkan rakyat semakin terhimpit walaupun telah diberi jaminan bahawa perkara seumpama itu tidak akan berlaku.



azlan
Janji palsu?

"Pada hal, 2 November 2010 yang lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kenaikan RON97 ditentukan oleh syarikat pengeluar minyak. Kerajaan tidak bertanggungjawab terhadap kenaikan harga minyak petrol RON97 kerana harga bahan mentah itu dikawal sepenuhnya oleh pasaran terbuka.

"Bagaimanapun kerajaan memberi jaminan harga minyak RON 95 tidak akan naik dalam tempoh terdekat. Rakyat juga tidak perlu risau kerana kerajaan juga tidak ada perancangan untuk menaikkan harga minyak RON95 dalam tempoh terdekat," itu kata Ismail Sabri seperti yang dilaporkan media tempatan.

Malangnya, pada 3 Disember lalu harga petrol RON95 dinaikkan 5 sen menjadikan harganya RM1.90 seliter. Selain itu, harga diesel juga dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter, manakala gas LPG pula naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram. Harga gula dinaikkan 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

sundry shops kedai runcit everyday goods 250907 ricePada hari yang sama, Bernama melaporkan menteri yang sama juga telah berkata sekali lagi bahawa harga barang seperti gandum, beras dan minyak masak dijangka tidak akan dinaikkan buat masa ini. Kononnya kerajaan juga masih mengekalkan subsidi ke atas barangan berkenaan memandangkan ia adalah barangan keperluan semua rakyat di negara ini.

Pentingkan diri sendiri

"Percayakah anda akan kata-kata beliau itu? Ternyata segala janji kerajaan tidak boleh dipegang. Itu semua samalah dengan slogan yang diwar-warkan oleh (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak) itu sendiri yang juga tidak boleh dipegang. Sebaliknya, tindak-tanduk para pemimpin kerajaan ternyata tidak pernah mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian, tetapi hanya menekan dan menzalimi rakyat dalam segala aspek.
sundry shops kedai runcit everyday goods 250907 aisles
"Mereka ternyata hanya mementingkan diri mereka sendiri sahaja, bukannya mementingkan rakyat. Jadi, rakyat mesti sedar perkara ini. Jika rakyat tidak sedar dan terus tertipu dengan janji-janji kerajaan yang dipimpin BN, para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat yang mesti menyedarkan rakyat agar tidak terus tertipu dengan permainan politik kotor mereka ini.

Kenaikan harga petrol, disel, gas dan gula, sememangnya amat menyusahkan rakyat pada semua peringkat, termasuk para penganut Kristian yang akan merayakan sambutan perayaan mereka tidak lama lagi, tetapi para pemimpin kerajaan tidak memikirkan masalah rakyat.

sungguh kesal kerana kerajaan pusat turut menzalimi rakyat dalam aspek air, apabila sanggup bertindak untuk menaikkan harga air di Selangor, sehingga memaksa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengambil tindakan tegas untuk membantu rakyat yang dizalimi.


Satu gerakan akan dilancarkan untuk mengedarkan risalah dan menyedarkan orang ramai agar tidak lagi terus tertipu dengan para pemimpin BN dan memberi undi kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang.

protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 37
Jadi rakyat mesti disedarkan agar tidak lagi memberi undi kepada BN, tetapi kepada Pakatan Rakyat kerana hanya dengan cara itu barulah kehidupan rakyat akan terbela.



sumber : malaysiakini

Khamis, 18 November 2010

Aidil Adha memberi Sejuta Pengertian...

Salam AidilAdha...

     Aidil Adha tiba lagi, ummat Islam diseluruh pelusuk dunia berkumpul menunaikan ibadat ke5 rukun agama kita. Semua berlumba-lumba hendak mendapatkan haji mabbror iaitu haji tahap paling tinggi. Di MAKKAH tempat semuanya berkumpul, tak kira usia tua atau muda, lelaki atau wanita, kaya atau miskin dan jenis bangsa.

     Ramai orang yang berhajat untuk pergi menunaikan haji, tapi ramai yang hajat tak tercapai. Ada yang ajal menjemput dahulu, ada yang sakit tak baik-baik, ada yang tak mampu dan sebagainya. Tapi yang paling dukacita, ada yang sihat, mampu dan banyak masa tapi tak ada niat pun nak pergi menyahut seruan haji itu,kenapa???.

     Saya berazam dan amat berharap agar berkesempatan untuk menunaikan ibadat ke5 itu, tapi masih belum waktunya. Harap semua orang menanamkan hajat yang sama ya.

     Itu cerita di Makkah, kita disini menyambut AidilAdha dengan melaksanakan ibadat korban selain menunaikan solat sunat AidilAdha. Seperti semua maklum, binatang peliharaan kambing , lembu, kerbau dan unta sahaja yang kita sunat korbankan. Daripada ibadat korban itu, terlalu banyak pengajaran, pengertian dan faedah yang boleh kita ambil.

     Ayuh kita kenang kembali kisah Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS. Mulia dan taatnya baginda pada suruhan ALLAH SWT untuk menyembelih anaknya sebagai korban. Nabi Ismail pula sebagai anak amat patuh pada perintah ALLAH SWT dengan serta merta membenarkan lehernya disembelih ayahnya.

     Disisi ALLAH pahalanya sudah diterima dan digantikan dengan unta untuk dikorbankan. Betapa besarnya suruhan ALLAH untuk kita tunaikan. Fikirkan lah bersama, adakah kita menunaikan semua suruhan ALLAH? segala perbuatan kita seiring dengan kehendak ALLAH? pemimpin pula, adakah memimpin cara tslam? ikut suruhan ALLAH?

     Banyak yang kita boleh persoalkan dengan mengambil iktibar dari ibadat korban ini. Banyak yang perlu kita betulkan, kita harus selidik dan beri perhatian lagi. Agar kita menjadi hamba ALLAH yang disayangi, dirahmati serta di ampunkan segala dosa, diterima doa dan yang paling penting akan dimasukkan ke syurga ALLAH akhir nanti.

     Sewaktu darah binatang korban menitis ke bumi, Insyaallah jika kita ikhlas, maka telah sampai pahala kita diterima ALLAH. Kita dilarang bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk kerana pahala korban akan hilang. Sia-sia sahaja korban kita tak akan diterima ALLAH.

     Saya berpeluang mengambil bahagian dalam ibadat korban semalam, bertuahnya rasa kerana sempat menunaikan ibadat ini. Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki tahun depan saya berazam ingin menyertainya lagi.

     Sekian untuk kali ini, semoga semua mengambil iktibar dari ibadat korban dan kisah asalnya, harap kita semua berada didalam rahmatNYA. Selamat menyambut HARI RAYA AIDIL ADHA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Rabu, 10 November 2010

Prihatinkah kita kepada mangsa banjir?

Salam ...musim tengkujuh datang lagi...banyak tempat-tempat mengalami banjir, yang paling teruk di perlis dan kedah.

Terlalu teruk musim ni sehingga hampir mencecah 50ribu mangsa di kedah. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Sedih saya tengok mangsa-mangsa banjir yang tak sempat diberi pertolongan disaat mereka amat perlukannya.

Jika semua itu berlaku kepada kita semua, apa kita rasa? adakah kita prihatin dengan mangsa-mangsa banjir itu? Janganlah kita sentiasa menyalahkan pihak-pihak lain yang tidak datang membantu, tanya diri kita dulu apa tindakan dan sumbangan kita?


Atas rasa prihatin dengan nasib mangsa-mangsa banjir, saya akan menyertai misi menyelamat dan bantuan banjir dan akan bertolak ke kedah esok. Saya menyeru dan mengajak semua turut membantu dan prihatin dengan masalah disekeliling kita.

Walaupun tidak berupaya untuk pergi membantu, bantuan secara kewangan, makanan dan pakaian pun amat dialu-alukan.
Ummat islam seharusnya bersifat prihatin dan saling bantu membantu.

Sekarang ini waktu mereka memerlukan bantuan kita, mungkin satu masa nanti tiba masa kita, insyaALLAH akan dipermudahkan bantuan dan diringankan dugaan.



Banjir mula menampakkan tanda surutnya, banyak rumah-rumah, ladang, pejabat dan semuanya rosak akibat banjir tersebut. Soal kerugian memang tidak terkata la jawabnya.

Ayuh semua kita sama-sama doakan keselamatan dan moga dipermudahkan dugaan mangsa-mangsa banjir itu. semoga dijauhkan dari penyakit-penyakit yang biasa dihidapi selepas banjir melanda.



Sekian untuk kali ini, jika ada ruang dan kelapangan serta mahu berbakti dan beramal, jom sertai saya hari jumaat ini kita gotong royong perdana bantu mangsa bajir di kedah. Semoga diberkati ALLAH SWT hendaknya...amin

Sabtu, 6 November 2010

Puisi Perjuangan Hamba...

menang tak mesti kita berjaya,
menang tak mesti kita diterima,
menang tak mesti kita betul,
menang tak mesti berulang,
menang tak mesti tiada cabaran,
menang tak mesti kita dihormati,

kalah tak mesti kita kecewa,
kalah tak mesti kita mundur,
kalah tak mesti berulang lagi,
kalah tak mesti dalam semua perkara,
kalah tak mesti lemah semangat,
kalah tak mesti untuk selamanya,

perjuangan betul kerana ALLAH,
perjuangan betul tak ada kalah,
perjuangan betul tak ada sudah,
perjuangan betul untuk ummah,
perjuangan betul jaga maruah,
perjuangan betul pertahan aqidah,
perjuangan betul kena tabah,
perjuangan betul lawan nafsu serakah,
perjuangan betul berperang dengan syaitan laknatullah,
perjuangan betul biar berdarah,
perjuangan betul hingga bertemu ALLAH.

wahai semua pahlawan,
perjuangan yang betul akan diterima ALLAH SWT,
kalah atau menang kita mesti dengan-NYA,
bila menang kita wajib bersyukur pada-NYA,
bila kalah anggap itu ujian dari-NYA,
sabar dan tabah itu asam garam perlu ada,
untuk bertahan di persinggahan yang penuh onak duri dan cabaran ini.
salam perjuangan........

hikayat: clivicola

Rabu, 3 November 2010

Eksploitasi: Islam celaru, bukan Islam keliru

Salam semua...

Sama2 kita fikirkan, ummat islam ketika ini bagaimana?apa jaminan akan datang berdasarkan kepimpinan negara sekarang?

baru-baru ini kerajaan telah bercadang untuk jadikan malaysia sebagai hub hiburan malam. jika ianya menjadi kenyataan, maka makin bertambahlah kelab-kelab malam terkemuka di negara tercinta ini.
katanya untuk menjana ekonomi negara tapi sudahkah kerajaan berfikir apa kesannya pada agama?anak-anak muda?dan negara itu sendiri?

Manakah yang dikatakan Malaysia sebuah negara islam?siapakah yang akan membela agama?
ummat islam jadi makin celaru.

Oleh itu, Ahli Parlimen Baling, Taib Azamudden Md Taib mencadangkan kerajaan memikirkan langkah untuk mewujudkan Institut Fatwa Negara (Darul Ifta) bagi menyelesaikan segala perkara yang menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam.


Taib ketika mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini mengambil contoh penganjuran pertunjukan fesyen busana muslim yang didakwa dinaungi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang menerima bantahan daripada pebagai pihak.
"Jawapan atas kertas memang cantik tapi realiti yang berlaku dalam masyarakat sebaliknya. Contohnya penganjuran busana muslim, ada ulama dalam surat khabar kata tak haram walaupun mendedahkan aurat kerana niatnya baik,” ujarnya.
Tambah beliau, yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat, pelbagai kekeliruan yang timbul bukan kerana masalah perselisihan pendapat tetapi masalah dasar yang melibatkan hukum agama.
"Pelbagai hujah diberikan dan pelbagai lagi isu yang memeningkan. Yang dijelaskan Timbalan Menteri tadi iala masalah khilaf. Tapi ini masalah dasar. Sebab itu di Kaherah atau di Mesir diwujudkan Darul Ifta untuk kawal perkara ini supaya perkara dasar jangan jadi perkara khilaf. Begitu juga di Damsyik ada Darul Hadis. Di Malaysia juga ada Darul Quran. Kenapa kita tidak selaraskan perkara ini," kata beliau.
Ujarnya juga, keadaan menjadi lebih celaru apabila terdapat pihak yang mengeksploitasi keadaan untuk menimbulkan kecelaruan dalam Islam.
"Saya lihat hari ini perkara-perkara seumpama ini diambil kesempatan oleh pihak-pihak yang tak bertanggungjawab untuk mengeksploitasi suasana ini supaya menampakkan Islam itu celaru.
"Yang memalukan kita ialah kepada orang-orang bukan Islam untuk cuba memahami apa itu Islam yang sebenar. Jadi adakah kita tidak mempunyai satu langkah untuk mewujudkan Darul Ifta supaya dapat mengawal semua isu.
"Kita tak mahu agama dipolitikkan. Menteri jawab semata-mata nak pertahankan kerajaan. Ini bukan masalah kerajaan atau pembangkang. Masalahnya ialah kekeliruan berlaku yang boleh menjejaskan imej Islam," katanya lagi.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim bagaimanapun berkata, penubuhan Darul Ifta bergantung kepada persetujuan Majlis Raja-Raja.
"Majlis Raja-Raja hanya bersetuju supaya diperkasakan institusi yang ada tanpa menubuhkan Darul Ifta. Jadi kita akur. Yang penting bukan pada nama tapi kerja tersebut dijalankan. Saya tak nampak kecelaruan pada isu-isu tertentu sebab fatwa hanya perlu kepada perkara-perkara yang keliru sahaja," katanya.
sumber ; harakahdaily

Selasa, 2 November 2010

Jagalah hati sebaik mungkin ...

10 Sebab atau Tanda Hati Mati dan 3 Cara Bagaimana Untuk Hidupkan Hati

Hari ini saya nak kongsikan satu artikel yang baik buat renungan kita semua. Saya harap anda ambil iktibar darinya, amalkan dan sampaikan kepada semua kenalan dan keluarga kita, insyaallah.
Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:
  1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
  2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
  3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
  4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
  5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
  6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
  7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
  8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
  9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
  10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.
Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;
Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.
Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;
  1. Hubbun dunia (kasihkan dunia)
  2. Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
  3. Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.
Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;
  1. Zuhud dengan dunia
  2. Zikrullah
  3. Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah
Lidah orang yang berakal terletak di belakang hatinya. Hati orang yang bodoh terletak di belakang lidahnya.
Sekian, semoga dapat ambil peringatan.

Isnin, 1 November 2010

Dasyatnya doa seorang IBU

Assalamualaikum Semua,

Ini adalah sedutan dari ceramah oleh Al Ustaz Abdullah Mahmud dari unit
KAGAT ATM.yg bertajuk,"Dahsyat nya doa seorang ibu

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
* Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita.
Kita adalah di bawah seksa Allah bila ada masa untuk buat benda tak
baik tapi tiada masa nak buat perkara yang baik

* Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah


* *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2
jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata.
Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

* Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu,
sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

* Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
* Melihat kaabah sehingga menitis air mata
* Membaca quran sehingga menitis air mata
* Memandang wajah ibu yg sedang tidur / sedar hingga berlinang air
mata

* 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup,
tengok masa tidor!
* Anak
* Ibu
* Suami
Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai
nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan
kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika
tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi
mahkamah :-)

* Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis
di hari kematian ibunya... kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg
masih ada ibu, pandang laa selalu

* Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk
menujukkan sesuatu pada ibu

* Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama,
jangan takut

* Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g.
tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai

* *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang
terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat
letakan ibu kita di tempat yang terbaik

* Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, "ungkit"
kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu
dipanggil "wasilah amal"
* "Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu
satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini"
* *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab.
Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah
hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita
* Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan :-)

* Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa
sakit/musibah

* Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,,
then cakap dengan Allah
* "Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung
ini"
* "Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini"
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu
dan orang yang memerlukkan.

* *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang
buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada
waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih
hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

* Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan
mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!

* *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup
* Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke
pusara mak kita cakap.."Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada
tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan" atau "bapa saya nak kawin
esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan.." Ustaz
kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar
dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.

* Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan
kita "berkatilah si A ini" dan jika tak bagi salam, mereka akan kata
"celakahlah orang ini" Jadi, jangan lupa bagi salam next time

* Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan
harta sampai mati tak pernah keluarkan

* Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu
selamanya..

* Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah
kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta
datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk
sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan
org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!

* *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada
peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi
peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! "Ya
Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai
kepada ibuku". Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.

* Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru
kita ringan tangan nak bersedekah

* *** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan
nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik
insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah
menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

* Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan
matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita
sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita


Selalu Bergaduh Dengan Ibu
* Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada
kemungkinan kita diganggu saka
* Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu
bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang
belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar
* Saka dipindahkan melalui Kasih sayang/ Harta pusaka, walaupun
sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan
* Symptom dah terkena saka
* Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
* Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu
lapar
* Susah nak dapat anak, senang gugur
* Ada rasa kelibat orang lalu
* Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak
hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit
kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam
* Cara hilangkan saka, Zikir "Laillahaillalah" 700,000 sampai
habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan

* Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and
cancer tulang.

* 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari
syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa
perawatan cara islam jugak.

* Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita
tolong zikirkan

* Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas..
"Qulhuwallahuahad..." 1000x sehari

Anak Lari Dari Rumah
* Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan
anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

* Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita,
insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya

Anak Degil
* *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
* Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g.
Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang
bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang
sayang sesama manusia

You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and
see.

So info dah disampaikan, marilah kita sama2 praktikan mana yang
mampu dan baik utk kita...

Sangat baik utk dikongsikan bersama... Selamat beramal...

Ahad, 31 Oktober 2010

kerana islam kita dikatakan KOLOT???

Bismillahhirrahmanirrahim…

As-salamullahi'alaykumwarahmatullahi wabarakatuh.

Moga kalian semua diberkati Allah.
Berhari menulis isi hati untuk mengingatkan diri sendiri dan saudara
sesama Islam. Lahirlah idea menulis atas tajuk ini. Mungkin sebab saya
salah seorang dari mereka yang berfikiran kolot kerana berfikiran
berhati-hati dalam soal yang dianggap remeh seperti pergaulan antara
lelaki dan perempuan.

Andai tersalah pandangan, tegurlah saya yang hina ini wahai insan-insan
yang dikasihi Allah diluar sana.

Syukran.

Babak 1.

Berlaku di?

Salah sebuah bilik di asrama lelaki.

Masa?
Pagi, petang atau malam.

“Eh Din, jom belajar dengan Siti dan Nurul? Mereka dah lama tunggu di kafe
tu.”
“Tak mahulah Bad. Aku boleh belajar sendirian. Lagipun sejak bila kau
belajar dengan diaorang ni?”
“Alah, bosanlah belajar dengan sejantina ni, tak fun la. Kalau dengan
lain jantina ni banyak sikit idea.Mencurah-curah ilmu lebih aku dapat..”
sengih si Bad.
“Tapi kan diaorang bukan mahram kita? Takkan kau lupa apa kata kau sebelum
ni? Belajar dengan mahram lebih baik, redha Allah ada. If terdesak sangat
and in case perempuan
je yang dapat kuasai topik tertentu kau akan ajak ramai-ramai dan sekelas
untuk belajar sama. Lebih baik. Fitnah pun tak ada.”
“Memanglah tapi tu dulu. Aku rasa, kolot betul pemikiran aku sendiri kan?
Okeylah, kau nak simpan kata-kata aku tu simpan jelah, aku pergi dulu.”

Babak 2.

Berlaku di?
Dalam pesanan ringkas.

Masa?
Bila-bila.

“Ina,kita jumpa di taman bunga eh? Please...saya tak pernah dapat jumpa
awak berdua je.
Di sekolah pun terserempak dan awak tak pernah pun nak senyum dan selalu
je elak.”

“Man, kan saya dah cakap, saya tak nak. Saya tak boleh. Berjumpa sebab
apa? Bukan ada perkara penting. Kalau saya bawa Kak Nah, awak tak bagi.
Nak bawa Abang Usop pun tak boleh. Mak dan ayah? Lagilah awak tak mahu.
Tak bersedia la...apa-apa la. Lagi, jumpa je pun tapi tetap kena bawa
mahram bersama. Itu hukum yang patut kita terima dan ditetapkan oleh
Islam. Lainlah awak ni suami saya ”

“Alah awak ni, kolot betullah. Bukan saya nak apa-apa kan awak pun sampai
kena bawa semua famili awak sekali. Takdelah privacy. Cuba tengok si Rizal
dan Imah tu, diaorang selalu jumpa tapi batas jaga jugak. Takde pun sampai
bawa sekali semua famli.”

“Soalnya, saya ni bukan bini awak yang boleh dibawa sesuka hati berjumpa
tanpa sebab yang

dibolehkan syarak. Awak nak jumpa sebab nak luahkan perasaan awak kan?
Saya tak nak.
Imah tu lainlah, dia biasa benda-benda macam tu. Saya tak biasa dan saya
tak nak biasakan buat perkara sia-sia ni. Awak nak perempuan macam Imah?
Carilah lain. Maaf.”

“Ala..Ina, maaf eh. Hmm..Kalau macam tu saya jumpa awak di sekolah jela.
Dapat tengok tanpa jumpa berdua pun jadilah. Nanti if saya dah mampu saya
datang terus rumah awak.”

******

Dan..berapa banyak lagi babak dalam kehidupan yang menunjukkan
pemikiran-pemikiran mereka yang mahukan kebebasan seperti yang ditunjukkan
oleh pihak bukan ISLAM. Pemikiran ISLAM pula sering dikatakan sebagai
KOLOT. Siapakah yang paling maju diantara umat Islam yang benar-benar ikut
budaya dan cara mereka yang bukan Islam? Orang Islam mana pula yang
benar-benar mundur dan ketinggalan hanya kerana ikut setiap apa yang
digariskan oleh ISLAM?

Allah dah mengisytiharkan kesempurnaan ISLAM di dalam Kalamullah. Andai ia
tidak sempurna, tiadalah perintah Allah yang menyuruh kita, manusia yang
lemah dan hina ini patuh dan taat
pada setiap perintahNYA..Patuh dan taat pada agamaNYA.

“Aslam taslim!”
“Islamlah, anda akan selamat!”

Kerana makna Islam sendiri membawa maksud sejahtera. Mereka yang
berfikiran bercanggah dari pemikiran yang Islam gariskan, dan tidak
meneliti kesempurnaan dan kebaikan yang

terkandung di dalam Islam mungkin akan meletakkan Islam sebagai agama yang
leceh, kolot hanya kerana keterbatasan-keterbatasan yang wujud.

Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara yang perlu
dititik beratkan. Saya sendiri dulu pernah terfikir, dalam Islam terlalu
banyak pantang larang. Itu tak boleh, ini tak boleh. Walhal setiap
peraturan Islam tentukan punya kebaikan dan sebab-sebabyang khas buat
manusia yang fitrahnya adalah Islam pada asalnya sebelum lahirnya kita ke
dunia dan ditentukan dalam berlainan agama. Bukan?

Jika penganut bukan Islam berfikiran sedemikian, kita sendiri sedia maklum
bahawa mereka tidak mendalami agama suci ini sedalamnya. Namun, yang
dikisahkan apabila penganut Islam sendiri, mereka yang mengaku keEsaan
Allah dan kerasulan kekasihNYA pun mengatakan bahawa Islam ini kolot.
Terdapat perkara-perkara yang dianggap kolot jika diturutkan.

“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah
jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barang siapa
yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia
telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus.
Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Al-Baqarah ayat 256


“Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan)
agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah
kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan
telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi
agama mu."
Al Maidah ayat 3


“Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah
serta taatlah;”
Al Qashash ayat 16

“Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian
pula Yakub. (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah
memilih agama ini bagimu,
maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam.”
Al-Baqarah ayat 132

Kita ni dah terlalu banyak disogokkan dengan budaya dan cara hidup mereka
bukan Islam.
Kebebasan yang dipertontonkan. Dunia menjadi dambaan dan dikejar. Bukankah
ada suatu waktu dimana makhluk Allah yang dikurniakan akal ini akan
dihisab? Bukankah ada suatu saat dimana,harta tidak lagi berguna untuk
menyelamatkan diri di sana?

Islam itu penawar. Kerana setiap sesuatu diukur dengan kehalusan dan
kesempurnaanNYA
yang tidak ternilai. Sekalipun hal yang remeh sekalipun. Sekecil perkara
itu punya banyak hikmah yang menguntungkan diri sendiri. DIA? tidak pernah
mengharapkan balasan hambaNYA kerana ia bukan bermakna pada Pencipta.

Terkadang mungkin kita merasakan bahawa kita tidak boleh terlalu jumud
dalam soal Islam memandangkan kita di zaman era baru. Zaman kecanggihan.
Zaman dimana material makin hebat, dan akhlak manusia semakin tenat. Tapi,
asasnya yang dianggap remeh itu mampu menyelamatkan permulaan risiko yang
lebih besar.

Teringat kata seorang teman, Islam itu fleksibel. Sesuai mengikut
peredaran zaman.
Tapi..manusia telah terlalu mengikut keadaan sehingga Islam itu sendiri
akhirnya ditinggalkan
hanya pada namanya dan seterusnya memalingkan hukum Islam terus.

Kita lupa, redha Allah itu pada perkara yang disukai dan dicintaiNYA. Kita
alpa, bahawa Rasulullah dah menetapkan kita tidak akan sesat mahupun
tersasar dengan berpandukan Kalamullah dan sunnah baginda.

Tolonglah.
Jangan mudah berkata sesuatu itu KOLOT.
Hanya kerana keterbatasan yang wujud dan merasa susah untuk diikut.
Terkadang..perkara itu nampak kolot,
tapi tersembunyi redha Ilahi sebenarnya.

Apa pun,
Jom hayati agama kita!
Jangan dipersoalkan sebelum mengenal.
Tak kenal maka tak cinta.
Kan?
Fastabiqul Khairat..!!!

Sabtu, 30 Oktober 2010

khinzir di sekeliling kita...subhanallah!!!

Julai lepas,alhamdulillah saya sempat mengikuti bengkel Industri Makanan Halal
Malaysia. Anjuran Universiti Cairo dengan kerjasama Universiti Malaya di
ARMA. Panelnya, Dr.Pazim dari UM rupanya ayahanda sahabat saya, ukhti
Norizan yang dikenali sejak kecil.

Bukan itu tajuk utamanya. Saya ingin beritahu anda apa yang Dr.Pazim
bentangkan di dalam bengkel. Ia berkenaan makanan dan keperluan hidup
kita.Ia berkenaan khinzir. BABI. Eh, kenapa mencarut ni?

Tidak, BABI adalah Bahasa Melayu. Tetapi jadi perkataan carut kerana
bencinya umat Melayu-Islam terhadap BABI. Kerana umat Melayu-Islam ini
telah dibentuk fikirannya oleh wahyu, maka nama binatang yang diharamkan
syariat terus menjadi carutan yang jijik.

Maaf, dalam entri kali ini saya mahu gunakan perkataan Bahasa Melayu ni.
BABI. Supaya saya dan anda lebih faham kerana ia bahasa ibunda kita.
Supaya saya dan anda sedar betapa jijiknya dunia yang kita diami kini.

kembali ke ARMA. Dalam slot kedua bengkel, Dr.Pazim tayangkan slideshow
berkenaan makanan haram dan kegunaan BABI di dalam industri makanan dan
pembuatan moden. Kerana kesuntukan masa, slide ditayangkan dengan agak
laju dan tidak banyak yang saya sempat tangkap maklumatnya. Namun sedikit
sebanyak ia tetap menambah arkib syubhah dalam kepala saya, sekaligus
membuatkan saya rasa mahu tersembam ke bumi!

Soalan Dr.Pazim, " kenapa mereka ini suka sangat bela BABI? Sebab
kegunaannya banyak! Kamu tengok ini ". Sebuah peta minda ditayangkan.
Gambar seekor BABI di tengah-tengah dan senarai manfaatnya di sekeliling.
Dari kulit ke isi perut,dari bulu ke tulang,semuanya benda yang selalu
kita lumur ke tubuh dan kita sumbat ke tekak!

Antara bahan yang bersumber dari BABI ialah gelatin dari kulit BABI,
'bahan galian' di dalam penapis air dari tulang BABI, gliserin dari lemak
BABI, dan food stabilizer yang digunakan dengan meluas di dalam makanan
dan minuman, juga berasal dari BABI! Ada juga ubat-ubatan dan vaksin, alat
solek, yang banyaknya tak mampu untuk saya rakam dalam sekali pandang.


Betapa ' bermanfaat 'nya khinzir kepada kita!!

Selain itu turut dibentangkan tentang makanan yang diubahsuai secara
genetik, antaranya ayam dan beberapa jenis tumbuhan. Ia mudah dikenalpasti
dengan label 'GMO' pada bungkusan. Makanan yang terubahsuai ini kononnya
baik dan menguntungkan, sebenarnya ia hanya memudaratkan genetik anda dan
kelak keturunan anda akan bertukar menjadi makhluk asing dan mutant!

Untuk lebih pasti,saya hanya sempat membuat satu tinjauan ke sebuah
website. Ternyata maklumat yang saya terima adalah benar. Di bawah ini
adalah salinan yang saya muat turun dari laman web Michigan Department of
Agriculture :

It All Adds Up to the Versatile Pig Answer Key
Pig By-Products Math
Pigs are raised mainly for meat. Other parts of the pig's body are used to
manufacture items, which are
called by-products.

1. Bones and skin from the pig are used to make gelatin and g l u e

2. Glycerin is used in making lipstick and c r a y o n s.

3. Glass and fertilizer can be produced from b o n e m e a l

4. Dried bones are used to make buttons and c h I n a dishes.

5. Pig pancreas glands are a source of insulin, which is used to treat
d I a b e t e s

6. Because it is like human skin, pig skin is used in treating b u r n s

7. Pigs can help humans who have growth problems through the use of their
h o r m o n e s

8. Pig heart valves have been implanted in human h e a r t s

Adapted from the Illinois Pork Producers Association, 6411 S. Sixth St.,
Springfield, IL 62707, (217) 529-3100 begin_of_the_skype_highlighting
(217) 529-3100 end_of_the_skype_highlighting.

Apa yang saya tahu sebelum ini, antara bahan yang bersumber dari BABI
ialah emulsifier (digunakan di dalam coklat,kek dan aiskrim), bulu yang
dibuat berus gigi, kulit yang dibuat kasut. Jadi saya sedaya upaya cuba
elakkan tiga perkara tersebut. Tapi selepas menonton slide Dr.Pazim, saya
benar-benar sedar tiada apa benda yang boleh dimakan di dunia ini
melainkan makanan ciptaan Allah: nasi, sayur dan ikan.

Saya pulang sambil termenung melihat kedai-kedai runcit. Tiada lagi yogurt
dan minuman kotak yang saya gemari. Kerana jika diteliti makanan kita
sekarang, dalam jus buah sekalipun ada ditambah food stabilizer.
Shortening pula antara bahan pembaik roti yang saya selalu makan. Maka
tiada peluang lagi untuk saya jamah makanan-makanan ini. Walaupun berat,
saya akan mula jauhi benda-benda ini. Saya jadi insaf akan betapa kuatnya
iman para sahabat yang terus melemparkan bejana arak tatkala ayat tahrim
sampai ke telinga mereka radhiallahu'anhum. Saya tak mampu berbuat
demikian! Namun walaupun beransur-ansur, saya tetap akan cuba.

Akhirnya saya temui kebenaran sabda Baginda Rasulullah s.a.w, dunia adalah
penjara bagi mukmin. Rupanya ia penjara yang tidak disedari. Kita dikawal
oleh kafir. Diberi makan dengan makanan mereka dan dipaksa hidup dengan
cara mereka. Terpaksa beli barangan mereka dan terpaksa bekerja di
premis-premis mereka. Bukankah ini perhambaan yang sebenar? Ibarat banduan
di penjara yang terpaksa makan apa sahaja yang dihidangkan, guna sahaja
bantal selimut yang disediakan tanpa sebarang pilihan. Kita pula guna
sahaja handset dan laptop keluaran mereka tanpa sebarang pilihan. CEKIK
sahaja 7up dan McD tanpa sebarang pilihan! Berbanding mereka yang
terkurung di Gaza, kitalah sebenarnya yang terkurung dalam dunia acuan
kafir!

Begitu juga sabda Baginda Nabi s.a.w, " Islam itu bermula dengan asing dan
akan kembali asing,maka beruntunglah orang yang asing "... Mananya tak
pelik dan asing kalau pergi kedai asyik membaca label. Orang sambar saja,
yang dia sibuk nak perhati tulisan macam semut. Mananya tak pelik dan
asing kalau orang semua suka lantak coke tiba-tiba dia seorang hendak
boikot. Mananya tak pelik dan asing kalau orang lain mengubat senggugut
dengan mirinda tapi dia sanggup berguling tahan sakit perut sebab boikot
mirinda. Mananya tak asing...........

Tapi terasing di dunia yang sekejap ini apalah sangat berbanding duduk di
halaqah Rasulullah di syurga yang kekal... Apalah sangat nilai cadbury
berbanding satu doa mustajab yang menghancurkan tembok Gaza. Ingat sabda
Baginda, MAKA BERUNTUNGLAH ORANG-ORANG YANG ASING......

Jangan sebut ayat "kalau macam tu, kita nak makan apa?". Banyak lagi
makanan semulajadi kat dunia ini. Kita cuma perlu ubah mindset dan
paradigma, kita cuma perlu berubah dan 'back to nature'. Memang makanan
semulajadi pun sudah tidak berapa selamat tapi sekurang-kurangnya kita tau
ia tak syubhah dan tak datang dari BABI! Sedar tak, datuk nenek kita dulu
makan semua benda semulajadi dan lahirkan kita. Mati tak,tanpa snickers
dan pepsi? Mati tak tanpa KFC? Tidak..
. Kita boleh berubah! Diriku,
sahabat-sahabat, ayuh mula periksa makanan anda. Ayuh sucikan darah daging
kita dari sumber haram dan BABI. Mudah-mudahan dari kita akan lahir
generasi suci yang mendaulatkan TAUHID di mukabumi..

p/s: Dalam satu kursus lain di rumah Penang, ada pegawai JAKIM mengaku
mereka tidak mampu untuk pastikan ayam KFC disembelih dengan betul
mengikut syarak. Atau kata lainnya,mereka sendiri tidak pasti yang KFC tu
halal. Mereka pun tidak bagi anak-anak mereka makan KFC dan siap marah
budak agama yang selalunya memenuhi KFC... Jadi kita bagaimana? Sudah tau
hal ini, masih mahu makan lagi? Esok masa di hadapan Allah jangan jawab
"Saya tidak tahu!"


Dihantar oleh: Ungufajar
Editor: fazly_90

Jumaat, 29 Oktober 2010

Apa nk jadi malaysia yg dikatakan negara islam?

Hasrat pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan
Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan
mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP) adalah sesuatu yang
mendukacitakan.

Malah satu daripada 12 projek permulaan (EPP) itu adalah melonggarkan
syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, maka makin
mudah lah artis seperti Adam Lambert untuk mengadakan konsert di negara
Islam ini.

Lapor Malaysiakini, lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan
zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau
Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan
malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

Adakah kerajaan tidak 'aware' bahawa sangat ramai pemuda Islam dan Melayu
yang mengunjungi kelab-kelab malam di kota-kota? Tidakkah mereka membaca
surat khabar Harian Metro atau ambil pengajaran dari rancangan Edisi
Siasat atau 999?

Masyarakat kita makin tenat dek gejala sosial yang tidak pernah berkurang
dan kerajaan berhasrat untuk menyediakan lebih ruang dan peluang untuk
maksiat?

Adakah berbaloi hasrat ini hanya kerana ia mampu meningkatkan pendapatan
negara dan kita pula perlu membayar nilai itu dengan masyarakat yang
semakin hancur kerana lorong nafsu semakin luas terbuka?

Persoalan lain adalah, tiadakah cara lain yang boleh kita usahakan untuk
memantapkan lagi industri pelancongan negara?

Semoga pihak kerajaan menilai semula langkah ini kerana pastinya rakyat
tidak berkenan dan kecewa dengan berita ini.

Memetik apa yang yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin,

"Lorong ke Syurga itu perlu melalui duri-duri (melawan nafsu), dan lorong
ke Neraka itu dengan mengikuti hawa nafsu". (Hadis riwayat Abu Daud &
Ahmad, Albani : Sohih )

"Sesungguhnya Allah swt berkata kepada Adam (a.s) : Sesungguhnya Allah
akan membangkitkan zuriat kamu dengan sekumpulan akan ke neraka, maka
berkata Adam : Wahai tuhanku, berapa ramai jumlah mereka. Jawab Allah :
dari setiap seribu orang, sermai 999 akan ke neraka dan hanya seorang ke
syurga. ( Hadis riwayat Ahmad & At-Tabrani dengan sanad yang baik : Majma'
Az-Zawaid, no 18621)

Dari hadis di atas, jelas dinyatakan nisbah penduduk syurga dengan neraka
dari 1000 orang, 999 akan dihumban ke neraka dan hanya seorang sahaja yang
layak ke syurga. Justeru, mengapa industri nafsu ingin dijadikan sumber
pendapatan?

Bukankah lebih baik jika pihak kerajaan berusaha untuk membawa kita
rakyat-rakyatnya ke arah mendapatkan syurga Allah..
sama2 kita fikirkan dan bertindak...

Isnin, 23 Ogos 2010

salam ramadhan

Sepanjang Ramadhan
Syaitan dalam rantaian
Terbuka luas pintu kebaikan
Tanda rahmat kasih sayang Tuhan
Itulah kemuliaan di bulan Ramadhan

Solat Tarawih menjadi amalan
Meriahkan lagi keberkatan malam
Tadarus Quran penambah seri
Tenangkan hati membersihkan diri

Paling istimewa di bulan Ramadhan
Berlakunya malam Lailatul Qadar
Turunlah malaikat meraikan semua
Menyambut amalan yang ikhlas di antara kita…

Sebulan sudah Ramadhan bersama
Tibalah syawal tanda kemenangan
Sempurnakah segala amalan
Adakah kita berjumpa semula
Di Ramadhan yang akan datang

Sabtu, 24 Julai 2010

durian runtuh

hmmm bestnya rehat dihari minggu mcmni...wlupn sehari sahaja aku dpt rehat tp cukup untuk ku hilangkan penat seminggu keje...
hari ni aku habiskan masa dirumah sahaja, luangkan masa dgn family je... ptg tadi ayak aku bawa balik durian byk sgt, aku dgn gelojohnya mkn, fuh banyak gila mkn... puas hati rasanya melantak durian...dah lama aku xmerasa durian ni...
hmmm durian terengganu mmg best,,,jom la semua dtg terengganu, akan ku sajikan durian yg fresh dr kebun tau...
salam clivicola

Rabu, 21 Julai 2010

panasnya hari ini...

bangun pagi celik mata solat subuh dan pergi keje...tulah rutin dipagi hariku...
fuh cuaca hari ini cukup panas, mmg panas sampai pening kepala ku..adoi
jika di ikutkan ingin ku duduk dlm pejabat ber aircorn je..
apakan daya kerjaku ditengah panas..
hari2 ku bermain di bawah sinaran terik matahari, mkin hari jugalah kulit ku terbakar mjadi mkin gelap...
awek mana la yg berkenan kt aku nanti eik...huhu
apa2pn aku tetap teguh dan sabar mcari rezeki yg halal..
rezeki takkan datang tanpa usaha....
salam clivicola..